Sebelum ini, pelakon, Datin Intan Najuwa sering dihujani dengan pelbagai kritikan selepas dia melahirkan anak sulungnya dan kini berat badannya pula menjadi buah mulut netizen.
Menerusi hantaran di Instagram Storynya, pelakon itu telah meluahkan isi hatinya apabila tubuhnya yang sebelum ini dikatakan gemuk.
Haritu masa i gemuk, semua orang kutuk i cakap macam macam. Bila dah kurus ni “eleh beranak anak first memang senang kurus balik.”
Betullah, manusia memang takkan pernah puas.
Menerusi hantaran lain, Intan telah memuat naik satu tangkap layar (screenshot) memaparkan mesej seorang individu yang kurang senang melihat tindakan pelakon itu yang lantang bersuara apabila dikecam netizen.
Kenapa awak suka buang masa layan diorang?
Awak sepatutnya stay classy instead of bitter macam ni.
Enggan dirinya disalah erti, Intan tampil menjelaskan bahawa dia tidak ‘bitter’ sebaliknya tidak mahu ibu dan wanita lain di luar sna merasa diri mereka layak dihina atau dikritik.
Ini bukan soal mahu jadi bitter atau classy. Saya seorang wanita dan ibu dan saya tak mahu mereka alami nasib dan pengalaman yang sama dengan saya.
Orang macam ni perlu berhenti untuk tidak menghormati orang lain. Jika perkara ni berlaku tiga tahun lalu saya mungkin akan diam.
Tapi, sebagai orang dewasa saya perlu bela diri dan harga diri saya.
Dalam pada itu, Intan sempat memberi nasihati kepada para wanita yang mengalami nasib yang sama sepertinya untuk tidak berasa tertekan sebaliknya hargai setiap saat yang manis bersama insan tersayang.