Seorang pengusaha, Norsiyah Kasnawi mendakwa dirinya terpalit dengan sindiket penipuan yang dilakukan oleh bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi.
Maklum Norsiyah, dia tidak menyangka Erin telah menipunya dan menggunakan sentimen agama dalam penipuan.
Dari awal saya berkawan macam-macam dia cerita seperti kaya, ada kilang dan ada duit RM200 juta dalam akaun tapi dibekukan oleh kerajaan sebab terpalit kes mahkamah.
Dia kata sekarang tengah sesak sedikit, jadi dari situ dia yakinkan saya untuk buat produk dengan dia. Tapi bila saya dah bergaduh dengan dia selepas 6 bulan saya bayar tapi tak dapat produk, rupanya scam, demi Allah, dia manusia paling penipu yang pernah saya jumpa.
Dilaporkan juga Erin telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada ‘founder’ berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.