Gara-gara penulisannya di Instagram story berkaitan konflik pembentukan kerajaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seorang lelaki ditahan pihak polis.
Menerusi Instagram, lelaki berusia 30-an tersebut telah memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh Agong berserta foto Baginda.
Tangkap layar itu tersebar di media sosial sehingga warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun terbabit.
Individu itu turut menghina serta melabel Agong korup dan persoal jika Baginda boleh ‘dihapuskan’ dari dunia dan muka bumi ini.
Difahamkan, lelaki tersebut telah ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang, malam tadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.