Manusia Kedua Terkaya Di Dunia Ini, Perkenal Waktu Kerja 3 Hari Seminggu Untuk Stafnya

Trending

Manusia Kedua Terkaya Di Dunia Ini, Perkenal Waktu Kerja 3 Hari Seminggu Untuk Stafnya

Lelaki kedua terkaya di dunia, Carlos Slim, nampaknya bukan jenis seorang yang mementingkan wang semata-mata, tetapi juga mementingkan kualiti kehidupan.

Terbaharu, Carlos memperkenalkan waktu kerja 3 hari seminggu untuk pekerjanya dan dia berfikir setiap syarikat di dunia ini perlu mengikuti jejaknya itu.

Advertisement

Namun ‘skim waktu kerja rilek’ Carlos itu mempunyai pertukaran iaitu tempoh persaraan para pekerjanya akan dilanjutkan.

Bercakap kepada Bloomberg Businessweek, Carlos menjelaskan mengapa semua orang perlu kurangkan bekerja dan melebihkan masa bersantai.

Menurut Carlos, semakin maju teknologi di dunia ,sepatutnya waktu manusia bekerja menjadi semakin kurang.

“Saya fikir mereka patut bekerja tiga hari seminggu, jadi ia boleh memberi ruang kepada orang lain.

“Kualiti hidup dan mempunyai masa empat hari cuti membolehkan menggalakkan banyak pertumbuhan aktiviti ekonomi – seperti pelancongan, hiburan, sukan, kebudayaan dan pendidikan.”, kata Carlos.

Carlos merupakan pemilik syarikat Telmex yang bernilai £59 billion.

“Ianya sesuatu yang bagus untuk mengurangkan hari bekerja dan menukarkannya dengan tambahan waktu persaraan. Lagipun, kami sudah memulakan perkara ini di Telmex beberapa tahun yang lalu. Kami memberi peluang kepada mereka yang mempunyai banyak pengalaman untuk tinggal lebih lama dan bekerja hanya beberapa hari sahaja.

Sumber : Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.