Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK sebelum ini mendedahkan bekas pembantu peribadinya telah melarikan wang selepas menerima tawaran kerja di luar pengetahuannya. MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin berkata, dia baru sahaja mengetahui hal ini dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.
Walau bagaimanapun, individu tersebut didakwa telah memutar belit isu sebenar untuk lari daripada kesalahan. Berang dengan perkara tersebut, kakak kepada penyanyi rap ini memohon pelaku datang berjumpa dengan dirinya sendiri.
Menerusi posting terbaru di Instagram, MK ada memuat naik bukti perbualan bersama seorang individu yang dipercayai bekas pembantu peribadinya. Menerusi perbualan tersebut, individu itu telah memohon maaf dan berjanji untuk melunaskan hutang sebanyak RM160k.
Kecewa dengan kenyataan yang diputar belit, MK memberi amaran kepada bekas pembantu peribadi supaya tidak mempermainkan isu serius sebegini.