“Mantap Lah Mokcik” – Macam Nak Pergi Menyelam, Pekerja Kedai Kuih Bakar Pakai ‘Goggle’ Seragam Curi Perhatian

Hiburan

“Mantap Lah Mokcik” – Macam Nak Pergi Menyelam, Pekerja Kedai Kuih Bakar Pakai ‘Goggle’ Seragam Curi Perhatian

Kalau dah cara memasaknya dengan membakar, mestilah berasap-asap kan?

Tular di TikTok sebuah kedai yang menjual kuih tradisional di Terengganu mempamerkan dua pekerjanya menggunakan cara lain daripada lain (tapi genius) dalam menyelesaikan masalah lemas dengan asap.

Advertisement

 

Nohhh pakai mask terus

Berdasarkan video itu, dua pekerja wanita tersebut dilihat membuat kerja mereka membakar kuih-kuih yang dijual namun apa yang berbeza adalah mereka berdua memakai topeng pernafasan dilengkapi spek mata tahan lasak.

Antara kuih yang dibakar dan dijual di kedai Kuih Bakar Asap Kelong itu adalah bahulu, beke nyor, nganang, kuih bakar dan beberapa jenis kuih lain.

 

Boleh pakai waktu bakar lemang

Jarang dilihat di mana-mana kedai makan yang menjual makanan perlu dibakar, solusi peniaga kedai tersebut meraih perhatian warganet.

Ada yang berkata mereka teringin untuk membeli namun lokasinya terlalu jauh dan sesetengah warganet akui pernah rasa kuih-kuih yang dijual dan ia sangat sedap.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...