Sedia maklum, beberapa minggu lalu pelakon, Janna Nick seakan-akan memberi ‘hint’ bahawa hubungan yang dijalinkan beberapa tahun bersama pelakon, Dini Schatzmann sudah pun berakhir.
Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen merasakan segala yang berlaku hanya sekadar gimik untuk projek terbaru pelakon terbabit.
Beberapa hari lepas, Janna ada memuat naik satu foto di laman Instagramnya memaklumkan muzik video terbaru sudah pun keluar di platform YouTube dan boleh dipertontonkan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima kecaman hebat kerana kelihat Janna bersama lelaki berbaring di atas sebuah katil bersebelahan serta berpelukan.
Meninjau di ruangan komen, ada netizen melabel pelakon tersebut sebagai ‘murah’ dan menasihatinya untuk berubah ke arah kebaikan.
Sekadar info, Dini Schatzmann turut memaklumkan dia tidak akan campur tangan lagi dengan urusan Janna dan membiarkannya buat segala yang disukai.
Anonymous
December 12, 2022 at 8:52 am
mogah detected… sian, xde kuaga yg leh nasihat ke caner? mmg pandang je la ey
Me
December 10, 2022 at 11:37 am
..hmm..beginning to be like baby shima..mmg mintak dicemuh..