“Mansuh PTPTN Jadi Modal Politik Memang Senang, Nak Laksana Susah” – Adam Adli

Kehidupan

“Mansuh PTPTN Jadi Modal Politik Memang Senang, Nak Laksana Susah” – Adam Adli

Isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 terus menjadi perbincangan hangat, terutamanya menjelang musim pilihan raya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, berkata komitmen yang tinggi diperlukan bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk memperoleh pendidikan secara percuma.

Advertisement

Beliau menegaskan bahawa sebarang perubahan besar dalam sistem pendidikan, terutama yang melibatkan kewangan negara, perlu dirancang dengan teliti serta mengambil kira kemampuan dan keperluan semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya didakwa kurang aktif dalam memperjuangkan isu ini selepas menyertai kerajaan, walaupun sebelum ini beliau antara tokoh utama dalam perjuangan pendidikan percuma ketika bergiat sebagai aktivis sosial.

Ini bukan lagi konteks sama macam 12 tahun lalu. Konteksnya sudah berbeza dan kerajaan perlu buat penambahbaikan melalui pemulihan ekonomi. Saya masih berpendirian sama (pemansuhan PTPTN). Tetapi tidak semestinya saya perlu jadikannya modal politik. Hakikatnya, kita ada masalah pembiayaan pendidikan untuk anak-anak muda mahu belajar.

ptptn adam adli

Saya anggap ini satu tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk bagi solusi. Bukan hanya kita mahu jadikan sebagai modal politik. Senang kalau saya jadikan modal politik balik. Tetapi, selagi mana kita belum ada penyesuaian tuntas, kita tidak akan puas hati

Tindakan tersebut juga dikaitkan dengan isu janji manifesto Pakatan Harapan (PH) yang belum dipenuhi sepenuhnya, terutamanya berkaitan dengan pemansuhan PTPTN yang pernah menjadi salah satu tawaran utama mereka sebelum ini.

Pada 1 Mei lalu, kumpulan mahasiswa termasuk Liga Mahasiswa Malaysia sekali lagi mengemukakan tuntutan yang sama dalam Himpunan Aman Hari Pekerja 2025, menandakan isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN masih mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

piyush gupta linkedin
2 hours ago

Individu 'Flex' Jumpa Bekas CEO DBS Di LinkedIn, Sekali Tuan Badan Tak Mengaku - "Maaf Kerana Mengecewakan Kamu, Itu Bukan Saya!”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...