Manis Berhijab, Peminat Doakan Intan Sarafina Kekal Istiqamah

Hiburan

Manis Berhijab, Peminat Doakan Intan Sarafina Kekal Istiqamah

Penyanyi Intan Sarafina menerusi akaun Instagramnnya dilihat telah memuat naik foto dirinya mengenakan hijab.

Intan SarafinaSumber : Instagram Intan Sarafina  

Menggayakan tudung berwarna coklat cair, Intan menyapa peminat serta pengikut Instagramnnya setelah dia senyap seketika dari media sosialnya itu selama hampir dua minggu.

Advertisement

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) itu dilihat tersenyum manis sambil berswafoto keseorangan.

Meninjau ruangan komen, hantaran terbaru penyanyi itu ternyata telah mendapat reaksi positif daripada peminat yang rata-rata mendoakan agar Intan terus bertudung dan kekal istiqamah.

Malah, gambar profil utama Instagram Intan juga telah ditukar kepada imej berhijab sepenuhnya.

Komen IG Intan SarafinaSumber : Instagram Intan Sarafina  

Sekadar info, usai sahaja GV3 melabuhkan tirainya, Intan Sarafina tampil muncul dengan single terbaru berjudul Jika Aku Untukmu setelah sekian lama menyepi dari dunia nyanyian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...