Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Farid Kamil sering menjadi tumpuan ramai dan kali ini sekali lagi menjadi bualan warganet setelah memuat naik satu hantaran status di Instagram Story.
Melalui status tersebut, Farid memuat naik quotes tentang tindakan memanipulasikan anak-anak untuk membenci ibu atau bapa adalah perbuatan keji.
Namun begitu, pelakon tersebut tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubung dengan status yang dimuat naik itu.
Sebelum ini, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu mendedahkan bahawa isterinya, Diana Danielle telah menerima lapan barang kemas yang diberikan menerusi anak-anak, namun hal tersebut dinafikan oleh aktres berkenaan.
Sekadar info, pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan penceraian terhadap Farid susulan sudah tidak persefahaman lagi tetapi aktor itu enggan melafazkan cerai.
Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie iaitu Shukran Yusof memerintah pasangan terbabit untuk menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).