Mangsa Simbah Asid Kecewa Ditipu Datuk Seri Vida, Beri Harapan Palsu?

Trending

Mangsa Simbah Asid Kecewa Ditipu Datuk Seri Vida, Beri Harapan Palsu?

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kontroversi kita dengar membabitkan Datuk Seri Vida. Tidak cukup dengan tuduhan mengatakan beliau berikan berlian palsu kepada Aishah semasa GV4 dan kes hutang puluhan ribu ringgit dengan pengacara Nabil Ahmad, kini beliau dikecam teruk selepas didakwa menabur janji palsu terhadap seorang mangsa simbah asid oleh bapanya sendiri.

Advertisement

Baru-baru ini,  mangsa yang dikenali sebagai Nurul Dahyatul mendedahkan DSV pada tahun 2016 pernah berjanji mahu membiayai kos pembedahan plastik bernilai RM100,000 bagi merawat wajahnya  yang mengalami kecacatan teruk.

Namun, janji hanya tinggal janji. Setelah dua tahun berlalu tiada langsung khabar berita daripada DSV dan semuanya hanya harapan palsu.

Nurul Dahyatul akui sangat terkilan dan kecewa ibarat dirinya dipermainkan oleh usahwan kosmetik itu.

Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu. Jangan berjanji jika tidak mampu tepati. Walaupun sudah dua tahun berlalu, saya masih ingat dengan janji diberikan mereka. Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.

Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya agak perit apabila diberikan sinar harapan untuk pulih tetapi semuanya kembali menjadi kelam kerana satu janji yang tidak ditepati.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...