Mangsa Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Penjualan Arak

Trending

Mangsa Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Penjualan Arak

Sejak kebelakangan ini, memang banyak kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk berlaku. Boleh katakan jumlah mangsa korban semakin meningkat saban hari. Yang terbaru, seorang pekerja CIMB yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran terkorban gara-gara pemandu mabuk.

Masalah pemandu mabuk bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Taiwan baru-baru ini umumkan mereka akan menjalankan hukuman gantung sampai mati untuk pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian. Tetapi usul ini telah mendapat tentangan dari ramai pihak.

Advertisement

Tiada peluang kedua

 

Dengan jumlah korban yang kian meningkat, ramai netizen yang menyokong jika hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah. Disebabkan itu, satu petisyen telah dilancarkan untuk mengharamkan penjualan arak di Malaysia.

petisyen
Setakat ketika artikel ini ditulis, petisyen bertajuk “Haramkan Penjualan Arak Seluruh Malaysia” mendapat seramai 15,905  sokongan di atas bantahan ini. Jika anda turut bersetuju dengan bantahan ini, boleh klik di sini.

Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk Langgar Lelaki Berusia 72 Tahun Di Outlet Burger King Kota Damansara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...