Sejak kebelakangan ini, memang banyak kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk berlaku. Boleh katakan jumlah mangsa korban semakin meningkat saban hari. Yang terbaru, seorang pekerja CIMB yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran terkorban gara-gara pemandu mabuk.
Masalah pemandu mabuk bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Taiwan baru-baru ini umumkan mereka akan menjalankan hukuman gantung sampai mati untuk pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian. Tetapi usul ini telah mendapat tentangan dari ramai pihak.
Tiada peluang kedua
Drunk drivers DON’T DESERVE second chance. It could be us or our family members. Logik kalau kenakan hukuman mati mandatori. Jangan jadi apologists/enabler. pic.twitter.com/JOMDq4AF3T
— anuarnazir (@anuarnazir) November 18, 2019
Dengan jumlah korban yang kian meningkat, ramai netizen yang menyokong jika hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah. Disebabkan itu, satu petisyen telah dilancarkan untuk mengharamkan penjualan arak di Malaysia.

Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk Langgar Lelaki Berusia 72 Tahun Di Outlet Burger King Kota Damansara