Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed, iaitu Hana Ismail, menjadi perhatian wargamaya selepas tular semula satu potongan video lama yang memaparkan kenyataannya berkaitan ‘mesej’ buat mangsa rogol.
Menerusi potongan video yang dimuat naik di aplikasi X, Hana Ismail diminta untuk memberikan sepatah dua kata kepada mangsa rogol yang mengalami tekanan dan depresi. Dalam responnya, Hana menyatakan bahawa mangsa perlu belajar memaafkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mendedahkan perkara tersebut secara terbuka.
“Saya nak bagitahu, kita semua melalui ujian.”
“Saya simpati apa yang terjadi pada mangsa, cuma saya nak dia faham bahawa tak semua perkara dalam dunia ini kita perlu bagitahu semua orang. Jadi, kadang-kadang apa yang kita perlu adalah berdamai dengan diri sendiri.”
“Maafkan diri sendiri dahulu. Terima kelemahan dan kelebihan diri. Belajar memafkan diri. Kena berdamai dengan takdir”
Bagaimanapun, potongan video berdurasi hampir seminit itu mengundang kemarahan ramai netizen yang menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak berempati serta mempertikaikan sensitiviti Hana terhadap perasaan mangsa.
Tular Fail Penuh Sabitan Kes Rog*l Da’i Syed, Netizen Tak Sangka – “Sangat Kejam!”
Isu tersebut kembali diperkatakan susulan perkembangan terkini melibatkan kes jenayah yang membabitkan suaminya. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.
Da’i Syed kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Adlin Abdul Majid selepas meneliti keseluruhan rekod perbicaraan serta hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
