Mangsa Buli Siber Terima Permohonan Maaf, Netizen Diminta Hentikan Kecaman

Trending

Mangsa Buli Siber Terima Permohonan Maaf, Netizen Diminta Hentikan Kecaman

Sebelum ini kecoh apabila seorang mangsa buli siber berhadapan dengan pembulinya di satu rancangan siaran langsung televisyen. Ramai yang terkejut apabila Azfarovski, mangsa buli ditemukan secara tidak sengaja dengan pembulinya, Shazwan dan mencetuskan kekecohan.

Baru-baru ini, Shazwan tampil memberikan permohonan maaf selepas mendiamkan diri dari insiden itu. Dan nampaknya ketegangan yang berlaku antara mereka berdua kini menemui penghujungnya.

Advertisement

“Saya berdiam dan ambil masa baca semula semua tweet lama saya. Saya sedar dah banyak lukakan hati orang lain. Saya minta maaf.”

Walaupun ada yang memberi kecaman pada Azfarovski kerana memalukannya dalam siaran langsung, dia sedar apa yang dilakukan oleh Azfarovski adalah untuk memberi kesedaran kepadanya dan pembuli di luar sana.

Dia juga mengakui kesilapannya itu dan meminta orang ramai untuk belajar daripada apa yang sudah berlaku. Netizen juga diharapkan sedar yang buli boleh berlaku dalam pelbagai cara.

Permohonan maaf ini juga turut mendapat respon balas daripada Azfarovski sendiri. Menurutnya, dia menerima permohonan maaf itu secara terbuka dan berharap mereka sama-sama belajar daripada kesilapan masing-masing.

“And if you would still have me, nanti boleh lepak minum kopi sama. It’s on me.”

Netizen juga diharapkan untuk tidak lagi memberikan kecaman kepada kedua belah pihak kerana nampaknya mereka juga telah berdamai. Insiden ini juga boleh dijadikan pengajaran kepada netizen untuk lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

Artikel berkaitan: “Jangan Acah Disakiti Kalau Pernah Buli Juga”, Netizen Pertikai Mangsa Buli Siber Berdepan Dengan Pembulinya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...