Mangsa Banjir Petani, Nelayan dan Penternak Diminta Segera Laporkan Kerugian Kepada Pejabat Pertanian – Mohamad Sabu

Berita

Mangsa Banjir Petani, Nelayan dan Penternak Diminta Segera Laporkan Kerugian Kepada Pejabat Pertanian  – Mohamad Sabu

Petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir diminta segera melaporkan sebarang kerosakan harta benda atau kehilangan sumber pendapatan kepada pejabat pertanian atau agensi berkaitan terdekat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kementeriannya akan meneliti laporan berkenaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban golongan terbabit.

Advertisement

Bang Mat menzahirkan rasa simpati amat mendalam kepada semua mangsa banjir di beberapa negeri yang kini sedang berdepan ujian berat. Kepada semua yang terjejas, banyakkan bersabar dan kuatkan semangat.

Ujian ini pasti ada hikmahnya. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan sedang turun ke lapangan bagi menyalurkan bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa dijaga.

Beliau turut menghargai jasa semua pasukan penyelamat, anggota agensi kerajaan, sukarelawan dan rakyat yang membantu mangsa banjir, selain mendoakan agar cuaca segera pulih serta semua mangsa diberi perlindungan dan kekuatan menghadapi dugaan itu.

Setakat jam 8 pagi tadi, situasi banjir di Perak bertambah buruk dengan 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS). Di Kedah, sebanyak 206 penduduk dipindahkan ke tiga PPS yang baru dibuka di Kulim malam tadi.

Sementara itu, di Pulau Pinang, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Awang Had Salleh, Kampung Perlis awal pagi tadi susulan hujan lebat sejak petang semalam yang turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan cerun runtuh di Jalan Tun Sardon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-24 16:37:44

Kerjasama Dengan Bank Negara, Sita Harta Bekas Suami Jika Culas Nafkah - Menteri Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...