Mangsa Banjir Di Kelantan Semakin Meningkat

Trending

Mangsa Banjir Di Kelantan Semakin Meningkat

B5hSTU1CEAAn3OT

KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.

Advertisement

Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.

Bacaan paras air di empat sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.34 meter (paras bahaya 9 meter), Sungai Galas di Dabong, Gua Musang pada 42.08 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 40.27 meter (paras bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 29.10 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 17.95 meter (paras bahaya 16 meter).

Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328 pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, dan kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 240 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan berbanding 141 mangsa di dua pusat pemindahan, dan di Jeli, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 282 daripada 211 mangsa pagi ini yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang berkurangan sebanyak 79 orang iaitu daripada 3,692 pagi tadi kepada 3,513 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di Pasir Mas juga menurun kepada 10,497 orang berbanding 10,565 orang pagi tadi dan begitu juga di Tumpat yang berkurangan kepada 3,901 orang di tujuh pusat pemindahan berbanding 3,956 orang pagi tadi.

Sementara di Pasir Puteh kekal 556 orang di empat pusat pemindahan dan di Machang juga kekal 19 orang di sebuah pusat pemindahan.

Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Dis lalu kekal empat orang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...