Mangsa Amang Seksu*l Minta Dibicarakan Secara ‘Video Call’, Naim Daniel Bantah – “Dia Bukan Lagi Bawah Umur”

Hiburan

Mangsa Amang Seksu*l Minta Dibicarakan Secara ‘Video Call’, Naim Daniel Bantah – “Dia Bukan Lagi Bawah Umur”

Mahkamah Majistret Putrajaya menetapkan tarikh 15, 16 dan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes dakwaan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan melibatkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.

Ketika ditemui media, barisan peguam mewakili Naim iaitu Amirul Ridzuan Hanif, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique memaklumkan pihak mereka telah memfailkan bantahan terhadap permohonan plaintif supaya mangsa dibicarakan secara pautan video.

Advertisement

peguam dan naim daniel

Hari ini, pihak pendakwaan telah membuat beberapa permohonan dan salah satunya memohon supaya mangsa dibicarakan secara pautan video.

Namun, pihak pembelaan kami pula membuat permohonan secara rasmi untuk berhujah untuk membantah permohonan daripada pihak pendakwaan. Bantahan tersebut adalah disebabkan mangsa bukan lagi berumur bawah 18 tahun. Jadi perlu dibicarakan secara normal.

Jelas Mohd. Irwan, keputusan mengenai bantahan itu akan ditentukan hakim pada 17 Oktober depan.

Hakim boleh benarkan bantahan atau boleh tolak. Paling utama ketika ini, kami akan mula membuat persiapan perbicaraan kes Naim.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada pagi Jumaat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq
2025-09-19 14:16:40

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq, Netizen Persoal Cara Salam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...