Mangkuk Tandas Louis Vuitton Yang Dijual Pada Harga RM410,000

Trending

Mangkuk Tandas Louis Vuitton Yang Dijual Pada Harga RM410,000

Menurut Vogue.com, Illma Gore, seorang seniman yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini telah berjaya menghasilkan sebuah tandas yang diperbuat dari 24 biji bag Louis Vuitton yang bernilai USD15,000. Bag yang digunakan untuk menghasilkan tandas ini diperoleh daripada sebuah laman web jualan semula (reseller) Tradesy.

Advertisement

Tandas yang diberi nama, Loo-uis Vuitton adalah merupakan hasil kerjasama di antara Tradesy dan Illma Gore, dan ianya dijual pada harga USD100,000 (RM 410,000). Bagi mereka yang ingin melihat sendiri tandas ini, ianya ada dipamerkan di pusat pameran Tradesy yang terletak di Santa Monica, California.

Tandas yang disalut dengan emas ini dilengkapi dengan fungsi pemanas tempat duduk, air suam dan pengedaran kertas tandas secara automatik telah mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan.

Bagi mereka yang tinggal di Amerika Syarikat, nama Illma Gore ini bukanlah satu nama yang baru. Nama Gore telah mula naik setelah beliau mengeluarkan satu potret bogel Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 2016 sebelum Trup terpilih menjadi presiden.

Potret itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi lebih-lebih lagi dari penyokong tegar Trump dan terdapat segelintir dari mereka yang mengancam untuk membunuh beliau. Namun begitu potret kontroversi itu dilaporkan dijual dengan harga 1 juta pound di sebuah galeri di London.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...