Sesetengah orang mungkin menganggap dia mengarut, tetapi pengeluar mangkuk tandas, Gao Jianguo merasakan ideanya untuk menjadikan mangkuk tandas ‘reject’ sebagai meja sekolah idea yang hebat.
Gai, dari Shijiazhuang, provinsi Hebei di utara China percaya yang meletakkan platform ke atas beratus-ratus mangkuk tandas yang diisytiharkan tidak mencapai standard untuk menjadi mangkuk tandas, boleh membantu sekolah-sekolah kerana ia akan didermakan sahaja.
Membalas kritikan, Gao berkata:-
Kami mempunyai banyak mangkuk tandas yang tidak digunakan dan akan dibuang. Itu membazir dan kami telah menemui jalan agar ia tidak dibazirkan. Kesemua mangkuk tandas ini masih baru dan tidak pernah digunakan jadi tidak ada isu ketidakbersihan.