Apa yang lagi syok daripada mandi kolam di taman tema? KONSERT!
Yes you read it right! Bayangkan kita nikmati taman tema air dengan ahli keluarga atau kawan sambil dengar muzik serta lagu daripada band terkenal.
Bunkface akan membuat persembahan di Drip Drop Music Festival yang bakal diadakan di taman tema air, SplashMania, Bandar Gamuda Cove pada 8 Julai akan datang.
Mandi sambil enjoy muzik
Festival muzik ini bertemakan neon dan turut menampilkan beberapa barisan DJ seperti Phei Yong, Alexis Grace, Reeve dan ramai lagi.
Kalau korang belum berkesempatan nak pergi SplashMania, inilah masanya untuk korang ajak ahli keluarga atau kawan berseronok mandi air sambil enjoy muzik yang dimainkan.
But, kalau dah pernah pergi pun why not datang lagi sekali because this time korang bukan je akan enjoy main water slides tapi juga sambil dengar muzik dan lampu neon.
Tiket dijual bermula RM168 untuk early bird bagi general admission (harga biasa: RM248) tapi kalau nak lagi best boleh spend lebih sedikit untuk tiket VIP, RM298 (early bird).
Sebab korang akan dapat satu air percuma, goodie bag yang berisi exclusive merchandise, gelang dan batang neon. Paling syok, korang akan dapat laluan masuk khas serta dek VIP yang mempunyai bar serta platform untuk korang tonton konsert.
Konsert itu akan bermula pada jam 7 petang dan kalau korang berminat untuk rasai pengalaman (mungkin sekali seumur hidup?) mandi kolam di taman tema sambil enjoy dengar konsert, make sure you go!
Ada 39 jenis water slides dan rides untuk korang enjoy dan jangan risau, korang takkan berlapar sebab ada bermacam jenis kedai makanan dan minuman dekat SplashMania tu.
Tiket boleh didapati di Drip Drop Festival dan jangan tunggu lama sebab tiket early bird tu terhad tau! Siapa cepat dia dapat.
Syok oooo main slides sambil dengar muzik.