Bayangkan balik ke rumah setelah seharian di luar dan menikmati mandian air panas. Semestinya lebih tenang dan lega kan? Adakah bermakna air sejuk kurang bermanfaat berbanding air panas? Jom kami kongsikan kebaikan dan kekurangan mandi air sejuk dan panas:
Manfaat air sejuk
Memperbaiki aliran darah
Air sejuk menjadikan salur darah pada permukaan kulit mengecil dan mengalihkan laluan aliran darah jauh dari permukaan kulit. Ini menjadikan saluran darah dalam tisu badan membesar dan membaiki aliran dalam dalam tisu.
Merendahkan tahap kortisol
Kortisol adalah hormon tubuh sebagai respon kepada stres. Menurut kajian, apabila mandi air sejuk, tahap kortisol akan menurun sekali gus merendahkan tahap stres seseorang.
Mengurangkan rasa sakit
Pendedahan kepada air sejuk boleh merangsang respons kesakitan automatik atau stress-induced analgesia (SIA). SIA adalah respons kesakitan automatik yang berlaku setelah berlakunya pendedahan kepada rangsangan stres seperti mandi air sejuk.
Manfaat air panas
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Satu kajian pada 2014 mendapati mandi air panas boleh membantu dalam memperbaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik. Hal ini disebabkan pelebaran salur darah yang berlaku apabila terdedah kepada suhu tinggi.
Memperbaiki kualiti tidur
Air panas membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi lebih tenang semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.
Untuk menikmati kebaikan mandian suhu sejuk dan panas ini, apa kata korang cuba gunakan Panasonic N series Home Shower, DH-3NP2MSR dan DH-3NDP1MSR. Jom kami kongsikan kelebihan dan fungsinya:
Pengalaman mandian serba mewah
Rekaannya moden, kemas dan terperinci menjadi antara sebab mengapa siri ini patut menjadi pilihan. Warna Crystal Silver dan Skin Silver pastinya versatil dan sepadan dipasang pada apa juga warna tema bilik air.
Paparan LCD yang lebar memudahkan melihat suhu air, mod dan masa. Suhu dan mod juga boleh dikawal dengan sentuhan ringkas.
Lebih tenang, sihat dan selesa
Kedua-dua model ini menawarkan pengalaman mandian selesa dan memudahkan dengan rekaan shower head yang ringkas tetapi berciri moden. Ketinggiannya boleh dilaras sehingga maksimum 1165mm. Selain itu diverter juga boleh dioperasikan tanpa renyah.
Bagi model DH-3NDP1MSR ianya dilengkapi dengan teknologi e-CYCLE, badan korang tidak akan mengalami rasa panas setelah keluar dari bilik mandi. Suhu badan akan kekal suam walaupun selepas 15 minit mandi. Hasilnya badan lebih selesa dan aliran darah juga lancar.
Mandian e-CYCLE ini juga mengurangkan tahap stres di mana pengguna lebih tenang dan bertenaga. Maklumlah seharian bekerja, stres dan penat tak dapat dielak, nasib baik ada Panasonic!
Ciri keselamatan dengan 9 Safety Points
N series Home Shower ini juga menitikberatkan aspek keselamatan bagi memastikan pengguna boleh menggunakan tanpa ragu-ragu. Pengguna terhindar dari kulit melecur dengan penetapan suhu automatik selain mengelak renjatan elektrik dan kebakaran.
Penutupnya juga dicipta anti percikan air selain menggunakan bahan tidak mudah terbakar bagi mengelak kemalangan. Butang On/Off juga direka boleh menutup terus power line dan bekalan elektrik secara terus.
Mahu merasa sendiri pengalaman mandian mewah ini? Ada berita baik untuk korang kerana Panasonic ada tawarkan ansuran tanpa faedah di Lazada dan Shopee.
DH-3NP1MSR boleh dibeli menerusi Lazada dan Shopee dengan harga RM1,079 manakala DH-3NP2MSR pula berharga RM1,039, juga didapati di Lazada serta Shopee. Boleh juga dapatkan melalui pengedar sah berhampiran.