“Mana Yang Kecam Tengok Ni, Dia Lagi Baik!” – Sering Dikecam, Sisi Watie Jaga Kakak OKU Buat Netizen Sebak

Hiburan

“Mana Yang Kecam Tengok Ni, Dia Lagi Baik!” – Sering Dikecam, Sisi Watie Jaga Kakak OKU Buat Netizen Sebak

Sebelum ini, sering kali isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah dikecam ramai susulan cari pemakaian dan tingkah lakunya yang membuat segelintir individu berasa kurang senang.

Biarpun sudah sah bergelar isteri kepada Shuib, Watie tetap menjadi sasaran cemuhan netizen dan dianggap mahu mengambil harta pelawak terbabit.

Advertisement

Bagaimanapun, menerusi klip keratan yang diambil dari rancangan Astro Ria, ‘Walimatulurus Shuib & Watie’, wanita terbabit mendedahkan bahawa dia mempunyai kakak OKU yang lumpuh sepenuhnya sejak dari kecil.

Kata Watie dalam klip tersebut, sepanjang 30 tahun menguruskan kakak, keluarga sememangnya memberikan rawatan rapi dan disebabkan itu, usahawan terbabit sangat teliti mencari pasangan hidup yang boleh menerima kakaknya.

Susulan video terbabit tular di platform TikTok, rata-rata netizen berasa terharu melihat keikhlasan Watie menjaga kakaknya yang kurang sihat, malah ada yang menanggap wanita itu yang terbaik buat Shuib.

komen netizen

komen netizen

Malah, netizen turut menasihati individu yang sering mengecam Watie untuk tidak terlalu cepat menilai seseorang dari segi luaran sedangkan hati wanita itu sememangnya mulia.

Sekadar info, Watie Hanifiah selamat menjadi isteri kepada Shuib Sepahtu pada tanggal 23 Jun yang lalu.

Shuib dan watie berbulan madu
1 year ago

“Makin Sweet Lepas Kahwin..” - Belum 24 Jam Bernikah, Shuib Bawa Watie ‘Honeymoon’ Di Langkawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...