Pelakon Mia Sara, baru-baru ini dikritik netizen kerana memperlihatkan penampilannya yang dianggap telah banyak berubah berbanding dahulu.
Pelakon cilik itu diserang warganet di akaun TikTok miliknya, di mana rata-rata meluahkan rasa kesal kerana hijab yang dipakai Mia semakin singkat dan tidak menutup bahagian dada.
Malahan, anak perempuan kepada Azhar Sulaiman turut dipersalahkan apabila netizen mengesyaki bahawa Mia Sara berubah kerana berkawan dengan Leona.
Netizen juga seolah-olah mendakwa Mia secara perlahan-lahan mengubah cara pemakaian kerana rakan-rakan yang kebanyakkannya berpakaian seksi dan tidak menutup aurat.
Dalam pada itu, netizen turut meminta agar Mia Sara sentiasa istiqamah dan tidak mengubah penampilannya yang sedia ada.
Ada juga dalam kalangan warganet yang berpihak kepada Mia Sara dan berharap agar sesetengah pihak tidak menilai manusia berdasarkan pemakaian dan berhenti menyalahkan rakan kepada aktres tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
Mohd Rushdi Mohd Dzaki
August 24, 2022 at 2:43 am
Doakan untuk adik2 ni semua agar terpelihara dari segala fitnah dunia ..moga2 Allah pelihara iman dan senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah agar mereka teguh di dalam Islam…aamiinn yra..
Anonymous
August 21, 2022 at 9:47 pm
Xde apa mslh pun tiktok dia dgn leona tu. Xde menari terkinja ke, bkk baju ke, mencarut ke…. yg korg butthurt knp?
Anonymous
August 20, 2022 at 9:45 am
pakai tudung mak bapak paksa sbb nak jual tudung. lpas tu nk mengata org lain x dididik dgn baik dr kecil. we’ll see!
Mak Nenek
August 20, 2022 at 7:34 am
Tak usah salahkan kawan² sbb dia sendiri ada otak nak fikir mana baik, mana buruk. Ingat lagi tak mcmana dia komen pasal Aqish? Jangan terbalik pulak komen tu nanti, sudahlah. Sebab tu lah, jangan suka menilai buruk orang kalau diri sendiri pun sbnrnya takde beza; pakai tudung dah berani tayang leher, buat konten entahhapehape merapu mcm sampah.. setidak2nya Aqish tu, jujur jadi diri sendiri & tak sebok nak judge org lain mcm Mia ni!