Pelakon Mia Sara, baru-baru ini dikritik netizen kerana memperlihatkan penampilannya yang dianggap telah banyak berubah berbanding dahulu.
Pelakon cilik itu diserang warganet di akaun TikTok miliknya, di mana rata-rata meluahkan rasa kesal kerana hijab yang dipakai Mia semakin singkat dan tidak menutup bahagian dada.
Malahan, anak perempuan kepada Azhar Sulaiman turut dipersalahkan apabila netizen mengesyaki bahawa Mia Sara berubah kerana berkawan dengan Leona.
Netizen juga seolah-olah mendakwa Mia secara perlahan-lahan mengubah cara pemakaian kerana rakan-rakan yang kebanyakkannya berpakaian seksi dan tidak menutup aurat.
Dalam pada itu, netizen turut meminta agar Mia Sara sentiasa istiqamah dan tidak mengubah penampilannya yang sedia ada.
Ada juga dalam kalangan warganet yang berpihak kepada Mia Sara dan berharap agar sesetengah pihak tidak menilai manusia berdasarkan pemakaian dan berhenti menyalahkan rakan kepada aktres tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: