Sudah tidak lazim lagi foto percutian selebriti Malaysia sering menjadi perhatian peminat serta netizen, lebih-lebih lagi kalau lokasi yang mereka singgah itu menarik untuk dikunjung.
Walau bagaimanapun, untuk selebriti wanita iaitu Puteri Aishah ini lain pula kerana percutiannya di sebuah pulau peranginan mendapat kecaman hebat dari netizen atas pemakaian beliau.
Selepas memuat naik sebuah foto sedang bergembira di pulau terbabit, jelas kelihatan baju dipakai oleh Aishah yang dipadankan bersama dengan seluar amat menjolok mata.
View this post on Instagram
Baju mandi paras paha serta dipadankan dengan kain selendang nipis yang diikat keliling pinggan seakan-akan skirt membuat ramai netizen terkejut dengan cara pemakaian pelakon terbabit.
Bukan saja terkejut, malah ia juga mengundang kecaman hebat dari netizen yang mendakwa Aishah seolah-olah tidak memakai sebarang seluar.
Dalam pada itu, ada juga yang berkata sepatutnya sebagai seorang suami, tanggungjawabnya untuk melindungi aurat isteri tetapi netizen merasakan Aishah jadi semakin seksi selepas dirinya mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Walaupun ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen yang negatif serta cacian, pelakon tersebut langsung tidak memadam atau memberi sebarang maklum balas atas dakwaan yang dilakukan oleh netizen.