January 15th, 2020

Kemunculan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu, telah mengejutkan orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kesempitan hidup yang dilaluinya.

erma fatima

Puteri Balqis seperti yang semua orang tahu bukan calang-calang bakatnya dan pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19. Antara individu yang pernah mengangkat bakat pelakon cilik itu adalah sutradara terkenal, Erma Fatima yang meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Puteri Balqis dan sedih melihat keadaannya sekarang.

Advertisement

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

erma fatima duit puteri balqis

Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

Malah, Erma turut bertanya mengenai pendapatan Puteri Balqis ketika dia aktif berlakon.

erma fatima puteri balqis

Advertisement

Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.

Dalam pada itu, Erma berharap sekiranya ada yang ingin membantu seeloknya bantuan disalurkan terus kepada pihak hospital agar wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan Puteri Balqis.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement

14 responses to “Mana Perginya Duit Balqis Ketika Dia Aktif Berlakon? – Erma Fatima”

  1. Neesa says:

    Xperlu lah nk personal itu ini… Nk tolong.. Tolonggg… Xnak tolong… Diam-diam sudaaaa…. Skrg hari puteri n ibunya… Hari kita xtau bila pulak… Peace Yooo… Doakan yang terbaik utk mereka ya..

  2. A husain says:

    Saya kesian PB kesana kemari jual buku . Mulia nya hati berkorban cari rezeki nak bantu ibu.. Tapi saya risau keselamatan anak gadis muda sepert PB.. Tak usah kita persoal dan buat andaian mana pegi duit PB. Kita tak tahu masalah yang berlaku dalam hidup famili PB

    Soal nya apa bantuan PB boleh dapat dari yang bersimpati. PB amat berbakat. Erma, M Ang, Rosyam dan ZJ pasti boleh bantu ambil dia berlakon.. PB pun dah dewasa. Boleh pegang watak utama.. Lagipun sekarang ni ada artis harap muka jer.. Lakonan hampeh.

    Jaga diri baik2 PB . Saya tunggu lakonan PB dalam drama terbaru.

  3. Anonymous says:

    Kan aku penah bgtau. bapak dia bawak lari duit dia. tinggalkan anak bini sebatang kara. paham ke idok? mak dia ni, korang x payah bash2 lebih, sbb mak dia ni aku dah nampak ada depression dah ooi.. korang baru tau 2-3 hari tau kisah ni dah nak salahkan semua org pulak. pg lah tolong!

  4. ain suzana says:

    duit perubatan bukan murah wpun hospital kerajaan. ada ubat yg mahal juga. mak dia tolak tawaran sbb aqish tak fit. jgn la kita judge org tanpa tahu cerita sebenar.

  5. kennot brain mak dia ni says:

    mak dia kan sihat ..pegi la keje yg nak usung anak tak sihat pusing satu kl tu kenapa?? Balqis tu sakit perlu rehat ckup… lagi pun anak dia dah besar, tak de mslh tgal srg2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...