January 15th, 2020

Kemunculan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu, telah mengejutkan orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kesempitan hidup yang dilaluinya.

erma fatima

Puteri Balqis seperti yang semua orang tahu bukan calang-calang bakatnya dan pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19. Antara individu yang pernah mengangkat bakat pelakon cilik itu adalah sutradara terkenal, Erma Fatima yang meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Puteri Balqis dan sedih melihat keadaannya sekarang.

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

erma fatima duit puteri balqis

Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

Malah, Erma turut bertanya mengenai pendapatan Puteri Balqis ketika dia aktif berlakon.

erma fatima puteri balqis

Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.

Dalam pada itu, Erma berharap sekiranya ada yang ingin membantu seeloknya bantuan disalurkan terus kepada pihak hospital agar wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan Puteri Balqis.

Sumber Berita : BH ONLINE


14 responses to “Mana Perginya Duit Balqis Ketika Dia Aktif Berlakon? – Erma Fatima”

  1. Anonymous says:

    Elok la pegi tanya tuan badan sendiri drp tanya secara umum di media sosial..

  2. jr rongak says:

    mesti mak die kecik hati. banyak fitnah diorang hadapi, kita xkan faham perasaan diorang. org dok kata suruh balqis keje, sedangkan die sakit. mgkin mak die rasa bia la die cari duit sendiri dengan cara senyap. xperlu kecoh2

  3. Anonymous says:

    Tapi bila org tawar berlakon… mak dia tolak pulak last minute. Boleh tahan jugak ego mak dia ni. Sanggup lagi jaja kisah sedih anak dia dari berlakon. Kemurungan apakah mak dia ni..

  4. Anonymous says:

    untuk kos perubatan n lain la puan…balqis kan dh lama x berlakon. apa punya soalan laaaa

  5. Anonymous says:

    Soalan macam tak logik. Puteri Balqis dah berapa lama tak berlakon. Ingat duit dari lakonan dulu tu takkan habis ke?

Loading...