January 15th, 2020

Kemunculan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu, telah mengejutkan orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kesempitan hidup yang dilaluinya.

erma fatima

Puteri Balqis seperti yang semua orang tahu bukan calang-calang bakatnya dan pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19. Antara individu yang pernah mengangkat bakat pelakon cilik itu adalah sutradara terkenal, Erma Fatima yang meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Puteri Balqis dan sedih melihat keadaannya sekarang.

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

erma fatima duit puteri balqis

Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

Malah, Erma turut bertanya mengenai pendapatan Puteri Balqis ketika dia aktif berlakon.

erma fatima puteri balqis

Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.

Dalam pada itu, Erma berharap sekiranya ada yang ingin membantu seeloknya bantuan disalurkan terus kepada pihak hospital agar wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan Puteri Balqis.

Sumber Berita : BH ONLINE


14 responses to “Mana Perginya Duit Balqis Ketika Dia Aktif Berlakon? – Erma Fatima”

  1. Noor Aishah says:

    You are strong,girl! Both of you and your mother are strong!Keep it up ?

    Auntie is inspired by the super strong love you have for each other ?

    Auntie believe Allah is always with both of you, no matter what.. because he’s Ar Rahman Ar Rahim

    Keep believing dear.. after hardship will come the ease

    You’ve been this far and keep inspiring us with your strong heart ?

    And thank you so much for your smile dear???

  2. Noor Aishah says:

    You are strong,girl! Both of you and your mother are strong!Keep it up ?

    Auntie is inspired by the super strong love you have for each other ?

    Auntie believe Allah is always with both of you, no matter what.. because he’s Ar Rahman Ar Rahim

    Keep believing dear.. after hardship will come the ease

    You’ve been this far and keep inspiring us with your strong heart ?

    And thank you so much for your smile dear???

  3. saedahhh says:

    aiyoo memasing…mcm dia ni pelakon hollywood payment besor…sahsah watak budak brp ko dpt sgt…brp pilem or drama….one time payment bukan gaji tetap,..dgn kos hidup tinggi lg…dgn kos perubatan kalo kita pon duit membukit jadi susut!!! choiii laa ….nak tolong …bagi ….taknk diam sudah….yg ditambah pening org buat apa….ni hari dia…sok lusa ko merempat sapa tahu….

  4. Anonymous says:

    setuju.. kita tak ada kt tempat die kite takkan tau kan. cakap lebih takot fitnah. mcam awak cakap nak tolong, tolong. taknak, diammmmm..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...