Sedia maklum, semalam pasangan selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee telah selamat disatukan selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.
Susulan itu, pasangan tersebut mengadakan majlis persandingan pada malam terbabit dimana ia dipenuhi dengan keluarga, saudara mara serta rakan selebriti yang lain.
Bagaimanapun, setelah tular satu video memaparkan Sweet sedang sakan menari di dalam majlis perkahwinannya itu, ramai netizen yang mengecam majlis mereka.
Tindakan tersebut telah mengundang rasa kurang senang dari kalangan netizen serta mempersoalkan dia seharusnya tidak membuat hal itu jika mahukan keberkatan dalam majlis terbabit.
Dalam pada itu, ada juga merasakan majlis perkahwinan Sweet serta Adam itu terlalu mengikuti cara ‘mat saleh’ dan sempat meluahkan rasa kecewa dengan acara dalam majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Biarpun terima kritikan, ada juga sesetengah netizen merasakan tarian yang dilakukan oleh Sweet tidak keterlaluan dan masih kelihatan sopan serta mereka merasakan pelakon itu berhak untuk berasa gembira di hari bersejarah itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.