“Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia..” – Susah Senang Selama 18 Tahun, Muflis Bukan Sebab Datin Red Hendak Berpisah

Kehidupan

“Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia..” – Susah Senang Selama 18 Tahun, Muflis Bukan Sebab Datin Red Hendak Berpisah

Baru-baru ini, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Red berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya, Datuk Red hanya disebabkan muflis dan tidak lagi mempunyai harga. Malah, Datin Red sudah bersama usahawan tersebut bertahun-tahun di masa susah dan senang.

Jatuh bangun sama-sama

Menurut Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim, dia telah bersama suaminya itu hampir 18 tahun dan telah mengharungi pelbagai rintangan hidup selama perkahwinan mereka.

Advertisement

Kerana itu, Datin Red menafikan dengan tegas dakwaan perceraian yang berlaku atas sebab suaminya yang jatuh bankrap sejak beberapa tahun lepas.

Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia sudah muflis. Nak cakap hidup susah, saya sudah hidup dengan Adnan selama 18 tahun!

 

Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika sedang hamil anak pertama.

 

Saya fail cerai ada sebab dan bukan kehendak saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Anak-anak tidak tahu

Bukan itu sahaja, Sharifah juga memberitahu anak-anaknya masih belum mengetahui tentang isu yang dihadapi oleh dirinya dan Datuk Red. Malah, kelima orang anak mereka itu sering bertanya tentang keberadaan bapanya.

Anak-anak pula mereka tidak tahu tapi mungkin yang sulung sudah tahu sejak benda ini tular.

 

Setiap hari mereka tanya bapa mereka balik atau tidak. Ini pun sudah dua hari tak pulang ke rumah. Sebelum ini balik macam biasa.

@dato..red  #KongsiBersama #IngatRayaIngatJakel #JakelBarulahRaya ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Sebelum ini, Adira telah memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober manakala Datin Red pula pada hujung Januari lalu.

Adira datin red
4 weeks ago

"Saya Terlalu Ikut Emosi.." - Datin Red Mohon Maaf, Emosi Nama Tak Disebut Datuk Red Isu Jual Tanah Demi Bantu Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...