Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) kali ini mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan sebagai juara bersama iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza. Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan konsep juara bersama itu dan mempertikaikan keputusan pihak juri dan Astro.
Enggan orang ramai terus mencetuskan spekulasi, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan Hady Mirza dan Naqiu berjaya memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 87 peratus. Kedua-duanya beraksi begitu hebat di pentas akhir semalam.
Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.
Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.
Menurut Ramli MS, beliau sendiri kagum dan terkejut dengan persembahan ‘battle’ antara Naqiu Boboy dan Hady Mirza yang pada awalnya dijangka akan berlawan vokal, namun apa yang mereka persembahkan begitu berbeza dan menyanyi dengan sangat harmoni. Tidak dinafikan mereka mempunyai aura tersendiri yang sama hebat.
Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan.
Dalam pada itu, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menepis dakwaan kononnya keputusan tersebut sudah dirancang lebih awal awal lagi. Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang dipegang oleh juara hanyalah replika yang digunakan ketika sesi fotografi tetapi terpaksa diberikan kerana keputusan juara bersama.
Aida Musa
December 23, 2019 at 8:27 pm
Both dapat 100k ke? Tak kisahlah 2 juara tapi yang penting dua-dua dapat 100k. Dah janji juara 100k, so dua-dua layak dapat 100k. Congrats both of u!
Watever
December 23, 2019 at 2:56 pm
Astro bg sorang 100 000..tgk youtube pc after gv..astro akn topuo lg duit utk dua dua winner tu..tk de kongsi kongsi
Anonymous
December 23, 2019 at 2:47 pm
Berapa diaorg dpt as Juara ni? Kalau janjinya Rm100 000 sebagai Juara, sepatutnya RM100 000 each. Takkan RM100 000 bahagi 2 kot.
miowmiow
December 23, 2019 at 2:37 pm
lantak pi la yg korang x puas ati tu duit korang ke yg kuar? aduiii
tampo nak
December 23, 2019 at 12:44 pm
ok la tu. ape yg xpuas hati nye natizen ni.. hish. pang kang!!