Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua-dua Hebat – Datuk Ramli MS

hady mirza naqiu boboy

Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) kali ini mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan sebagai juara bersama iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza. Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan konsep juara bersama itu dan mempertikaikan keputusan pihak juri dan Astro.

naqiu boboy hady mirza juara gv6

Advertisement

Enggan orang ramai terus mencetuskan spekulasi, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan Hady Mirza dan Naqiu berjaya memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 87 peratus. Kedua-duanya beraksi begitu hebat di pentas akhir semalam.

Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.

naqiu boboy hady mirza juara gegar vaganza 6

Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.

Menurut Ramli MS, beliau sendiri kagum dan terkejut dengan persembahan ‘battle’ antara Naqiu Boboy dan Hady Mirza yang pada awalnya dijangka akan berlawan vokal, namun apa yang mereka persembahkan begitu berbeza dan menyanyi dengan sangat harmoni. Tidak dinafikan mereka mempunyai aura tersendiri yang sama hebat.

Advertisement

naqiu boboy hady mirza juara gegar vaganza 6

Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan.

Dalam pada itu, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menepis dakwaan kononnya keputusan tersebut sudah dirancang lebih awal awal lagi. Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang dipegang oleh juara hanyalah replika yang digunakan ketika sesi fotografi tetapi terpaksa diberikan kerana keputusan juara bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Astro Gempak & Neon Pixel

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Napie

    December 25, 2019 at 9:32 am

    Betul juga kalau dah markah sama terpaksalah dua2 juara.. dato ramlee,xnak berlaku tidak adil.. tp apa salah ya kalau main penalti,lambung duit syiling,baling dart,number paling besar,tarik lidi siapa paling panjang tuk menentukan juara.

  2. Anonymous

    December 24, 2019 at 10:30 am

    WELL DESERVED BABE!!!!

  3. feldegast

    December 24, 2019 at 8:06 am

    Ok yang tak puas hati ni macam diorang juri pulak. Belajar muzik pun takat main rekorder masa sek rendah je. Kelakar. Korang takde stake pun dalam astro mahupun rancangan tu.

  4. meetomato

    December 24, 2019 at 12:14 am

    aku nak bagi credit to Farm Fresh as well as congratulating them kerana sudi menjadi sponsor & being the best sponsor ever. Takde songeh2 mcm Datuk Aliff & DSV. Overall, it was enjoyable to see the contestants singing & no drama diva yg buat penonton meluat dari Farm Fresh

    And lagi best, Farm Fresh items are safe to consume, legit, reasonably priced, a family product, no matter the owner might be a Muslim atau tak, the Halal logo is there, so effort & tanggungjawab diorang mmg ade.

  5. Anonymous

    December 23, 2019 at 10:23 pm

    Xphm dgn org yg x puas hati ni, ntah2 time final je tgk pastu komplen mcm2, diorg berdua sama2 konsisten dr awal bg jela lagu pompuan ke ape ke dua2 boleh carry dgn baik. N maybe mase final battle semlm juri tgk diorg x nmpk mcm battle sape nak menang tp lebih ke support kekurangan masing n make it wow on stage. Yg bg duit pon sponsor n astro, so biaq pi lah dua2 sama layak kot. Lainlaa kalau yg satu lg tu jauh beza x berbakat tp juara tu boleh laa nak kata pilih kasih.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top