Susulan kontroversi mendakwa dia berlaku curang pada Januari lalu, kini rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan Hana Azraan semakin berantakan. Isterinya mengakui mereka sudah membawa haluan masing-masing dan kini dalam proses untuk bercerai.
Namun, berbeza pula dengan apa yang dikatakan oleh pendakwah bebas itu. Menurut PU Abu, rumah tangganya tidak mempunyai sebarang masalah dan sehingga kini mereka masih bergelar suami isteri. Malah, tidak timbul langsung isu dia berlaku curang seperti yang didakwa.
Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.
Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.
Terdahulu, kontroversi PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April tahun lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain ketika itu sarat hamil anak pertama.
Sue
February 14, 2020 at 5:40 pm
Ujian apanya Abu oiii? Kalau dah bini hang tu dah kata not the first time, itu namanya sendiri cari pasal. Sendiri bikin. Bukan ujian yang set from the top oleh Allah. MACAM NI, nak jadi pembimbing ummah? Hana, bukan apa, apa yang dia bohong kat hang, mcm tu lah kot dia bohong kat Ain dulu. Kalau dulu masa interview dia boleh kata kat depan org (dengan hang sekali ada masa tu) yang dia try hang kaw2 lepas dapat tahu hang dah cerai, what do you expect? Totally no respect for his ex-wife and to you. Totally no respect untuk kaum wanita langsung secara keseluruhannya. Hang lucutkan jer si topeng Abu ni. Nk tengok tahap romeonya. Supaya pompuan kat luar tu celik dan berjaga2 lah. Dan mana2 pompuan yang pernah ditackle ditry si Abu masa dia masih suami orang, minta tolong tampil dan kemukakan bukti juga. Tegakkan kebenaran, cegah kemungkaran.
Anonymous
February 14, 2020 at 4:26 pm
PU, ini bukan ujian, ini cari masalah sendiri sebab gatal
Axenz Axtiz
February 14, 2020 at 4:16 pm
Mana mana rumah tangga akan ada pujian…. – PU aku
MOHON BERSABAR INI ADALAH UJIAN :)
Ustaz Texas Chicken
February 14, 2020 at 3:25 pm
manusia bertopengkan syaitan, balasannye akan direjam neraka.
korok
February 14, 2020 at 2:52 pm
nk gelak berdosa plak…bertabah je la hana oiii…what u give…u get back…skrg rasa la pulak ye idok