Susulan kontroversi mendakwa dia berlaku curang pada Januari lalu, kini rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan Hana Azraan semakin berantakan. Isterinya mengakui mereka sudah membawa haluan masing-masing dan kini dalam proses untuk bercerai.
Namun, berbeza pula dengan apa yang dikatakan oleh pendakwah bebas itu. Menurut PU Abu, rumah tangganya tidak mempunyai sebarang masalah dan sehingga kini mereka masih bergelar suami isteri. Malah, tidak timbul langsung isu dia berlaku curang seperti yang didakwa.
Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.
Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.
Terdahulu, kontroversi PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April tahun lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain ketika itu sarat hamil anak pertama.

Anonymous
February 17, 2020 at 8:55 am
aku nak cakap kat hana azra tu,, haaaaa padan muka hangg, dulu hang mengeletiss sangat.. hamik kawww.. wakakakakk
Lolli
February 16, 2020 at 12:08 pm
Salah satu ahli neraka
Lisa Lisa the one
February 14, 2020 at 5:54 pm
Adakah mata aku ….atau muka dia betoi betoi tak handsome , tapi ramai siti purdah minat ?
Muka nampak mcm kambing gatai ….