Mana-mana Penggambaran Filem Termasuk Di Laman Sosial Perlu Mendapatkan Lesen Finas

Trending

Mana-mana Penggambaran Filem Termasuk Di Laman Sosial Perlu Mendapatkan Lesen Finas

Akibat video kontroversi yang diterbitkan oleh Al-Jazeera baru-baru ini, yang telah memberi imej yang cukup negatif terhadap pengendalian warga asing tanpa permit di Malaysia, FINAS teah mendakwa bahawa mereka tidak memperolehi kebenaran atau lesen untuk membuat sebarang penggambaran.

BACA : Laporan Al-Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Advertisement

kredit – The Star

Sehubungan ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah memutuskan bahawa mana-mana pihak yang ingin melakukan aktivitipenggambaran di Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari pihak FINAS.

vlog

Turut dihuraikan juga, lesen FINAS ini akan merangkumi kesemua platform termasuk Facebook, Instagram dan juga TikTok. Tambahan pula, penghasilan video di laman YouTube oleh semua pereka konten dan juga vlogging tidak dikecualikan.

Menerusi laman rasmi FINAS, kesemua pemohon haruslah mempunyai modal berbayar kurang dari RM50,000. Untuk maklumat lanjut mengenai proses atau syarat yang ditetapkan, anda boleh layari laman rasmi FINAS.

Pastinya ramai di luar sana yang agak terkejut dengan pengumuman drastik ini. Namun, kami berharap jika peraturan ini terus dikuatkuasakan, proses permohonan boleh dipercepatkan atau dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...