“Mana-Mana Hospital Sama Je” – Lelaki Adu Roti Sosej ‘Kosong’ Dijual Harga Tak Masuk Akal, Persoal Sewa Kedai Di Bangunan Kerajaan

Kehidupan

“Mana-Mana Hospital Sama Je” – Lelaki Adu Roti Sosej ‘Kosong’ Dijual Harga Tak Masuk Akal, Persoal Sewa Kedai Di Bangunan Kerajaan

Kenaikan harga barang pastinya membuatkan orang ramai lebih berhati-hati untuk mengeluarkan duit untuk berbelanja.

Seperti satu perkongsian di Facebook ini, seorang individu telah mengadu bahawa harga roti yang dijual di sebuah Hospital sangat mahal dan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Advertisement

Kata individu itu, dia telah mengunjungi sebuah bakeri yang terdapat di lobi hospital tersebut dan membeli sebuah roti sosej yang berharga RM5 sebungkus.

roti mahal hospital Sultan IsmailSumber : Facebook  

Pergi ke bakeri di hospital hari ini. Terkejut dengan roti sosej ayam yang harganya tak boleh bawa bincang. Ya, anda tengok sendiri RM5 untuk roti sosej yang biasa.

Keluar sekejap kedai tersebut kot-kot berada di shopping mall. Sewa tapak kat hospital kerajaan mahal sangat ke sampai kena naikkan harga sampai macam ni?

Individu itu turut memuat naik foto roti sosej tersebut dan diletakkan bersebelahan pembaris dan resit bayaran.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan peniaga tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan cekik darah.

Komen FacebookSumber : Facebook  

Perkembangan terkini, Pengarah Kesihatan Negeri Johor iaitu Datuk Dr Aman Rabu telah mengambil tindakan terhadap premis berkenaan dan mengarahkan penjual untuk menurunkan harga barang jualan kepada harga yang lebih berpatutan.

“Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan” kongsi kenyataan yang dibuat di Facebook JKNJ, semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai Fuad tak bagi pakai topi dengan tudung
3 bulan lalu

Dakwa Berhijab Tapi Pakai 'Cap' Boleh Lemahkan Iman, Netizen 'Hentam' Pendapat Pendakwah Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...