Kenaikan harga barang pastinya membuatkan orang ramai lebih berhati-hati untuk mengeluarkan duit untuk berbelanja.
Seperti satu perkongsian di Facebook ini, seorang individu telah mengadu bahawa harga roti yang dijual di sebuah Hospital sangat mahal dan disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Kata individu itu, dia telah mengunjungi sebuah bakeri yang terdapat di lobi hospital tersebut dan membeli sebuah roti sosej yang berharga RM5 sebungkus.
Pergi ke bakeri di hospital hari ini. Terkejut dengan roti sosej ayam yang harganya tak boleh bawa bincang. Ya, anda tengok sendiri RM5 untuk roti sosej yang biasa.
Keluar sekejap kedai tersebut kot-kot berada di shopping mall. Sewa tapak kat hospital kerajaan mahal sangat ke sampai kena naikkan harga sampai macam ni?
Individu itu turut memuat naik foto roti sosej tersebut dan diletakkan bersebelahan pembaris dan resit bayaran.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan peniaga tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan cekik darah.
Perkembangan terkini, Pengarah Kesihatan Negeri Johor iaitu Datuk Dr Aman Rabu telah mengambil tindakan terhadap premis berkenaan dan mengarahkan penjual untuk menurunkan harga barang jualan kepada harga yang lebih berpatutan.
“Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan” kongsi kenyataan yang dibuat di Facebook JKNJ, semalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.