Luahan seorang wanita di Facebook group hari ini meraih perhatian ramai apabila nama pendakwah bebas Ebit Lew turut terpalit.
Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan mendedahkan keluarganya pernah tular selepas dibantu oleh pendakwah tersebut yang menyewakan mereka sebuah rumah.
Luahnya, pihak Ebit sering lewat membayar sewa sehingga akhirnya dia dan keluarga telah dihalau keluar oleh tuan rumah tersebut.
Malah, dia turut mendakwa sebelum ini Ebit pernah meminta agar mereka tidak memberitahu tuan rumah bahawa sewa itu adalah atas bantuannya.
Jadi, bila ustaz lambat bayar sewa tuan rumah akan marah, kami takut nak bagitahu yang pihak ustaz yang lambat bayar.”
Dia turut mengadu bahawa bil api dan air juga turut tidak dibayar oleh pihak Ebit yang kini dikatakan sudah tidak membantu keluarganya.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga seperti menyalahkan Ebit kerana tidak berterusan membantu sehinggakan dia sekeluarga kini menjadi gelandangan.
Ustaz Ebit pernah janji selagi dia masih hidup duit sewa dan api air dia akan tanggung.”
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundakan kritikan warganet yang menegur dia serta keluarga kerana terlalu bergantung harap kepada bantuan orang lain.
Tambah mereka, jalan penyelesaian untuk keluarga ini keluar daripada kehidupan susah adalah dengan berusaha sendiri mencari rezeki.