“Mana Hati Perut Kau? Minta Maaf Pun Tak Ada!” – PU Amin Kecewa Kenyataan Rizalman Soal Mahram, Fitnah Zizi Kirana Dan PU Rahmat

Trending

“Mana Hati Perut Kau? Minta Maaf Pun Tak Ada!” – PU Amin Kecewa Kenyataan Rizalman Soal Mahram, Fitnah Zizi Kirana Dan PU Rahmat

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa menabur kenyataan berunsur fitnah membabitkan dua anggota misi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia, iaitu PU Rahmat dan penyanyi Zizi Kirana.

Menerusi hantaran di Threads, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menegaskan bahawa peserta flotila telah melakukan pengorbanan besar demi misi kemanusiaan, justeru tidak sepatutnya dijadikan sasaran kenyataan tidak berasas.

Advertisement

PU Rahmat

Aku terasa hati betul dengan tulisan Instagram Story pasal mahram itu. Dia pun tak ada buat permohonan maaf.

Bila dia kaitkan pula dengan Rahmat dan Zizi, memang aku marah. Mereka korbankan segalanya, tapi kau boleh bagi bayangan yang buruk dalam hal ini.

Tambah Amin, masyarakat sendiri menjadi saksi bahawa aurat dan kesucian mereka terjaga sepanjang berada dalam misi flotila.

rizalman mahram

Sepanjang masa kita tengok ‘live’, aurat dan kesucian mereka terjaga, kenapa kau macam begitu? Mana hati perut kau? Minta maaflah dekat keluarga mereka! Memang lebihlah!

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, netizen di ruangan komen mula membuat pelbagai spekulasi.

Terdahulu, tular hantaran seorang pereka fesyen terkenal yang menulis pandangan mengenai isu mahram dikaitkan dengan penyertaan aktivis wanita dalam flotila. Susulan dihujani kecaman, pereka fesyen berkenaan yang kini dilihat aktif mendalami ilmu agama telah menetapkan akaun Instagram miliknya ke mod privasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-04 10:19:06

Rico Rinaldi Tak Berkenan Disamakan Dengan Rizalman - "Rasa Diri Dah Di Atas, Tapi Orang Tak Peduli Pun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...