Pelawak Ali Puteh menerusi siaran langsung TikTok semalam memaklumkan bahawa dia enggan mengeluarkan kenyataan balas dan memilih untuk menjadi orang yang matang kerana enggan melanjutkan isu.
Ujar Ali, dia ingin fokus kepada perniagaannya kini iaitu sambal petai terangkat dan sambal jering berlado.
Takpa saya okey. Jangan risau. Saya bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan. Saya nak fokus dengan berniaga.
Bila dapat tahu mengenai kenyataan hidayah, media banyak hubungi saya. Cuma saya tak nak layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa fokus dengan bisnes.
Tambahnya lagi, memang wujud manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.
Biasalah saya tengah seronok berniaga, mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita jadi jangan layan.
Dah masuk tiga tahu, benda kecil macam ni tak kan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan meniaga macam biasa.
Terdahulu, balu kepada Allahyarham Abam Bocey ada membuat kenyataan menuntut hutang saman fitnah daripada Ali Puteh bernilai lebih RM70,000 yang masih belum dilunaskan sejak Aidilfitri yang lalu.
Kata Hidayah, sudah setahun Ali Puteh ‘mendiamkan diri’ dan culas membuat bayaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.