Pelakon Nabila Huda menyeru individu yang bergelar ‘Datin’ yang disebutnya sebelum ini untuk tampil kerana ramai sudah menjadi mangsa buli wanita berkenaan.
Menerusi akaun X dan Instagram, aktres tersebut turut menyelar ‘Datin’ berkenaan kerana tidak menyebelahi suaminya yang sedang berdepan kecaman gara-gara konflik dalam industri hiburan ketika ini.
Mana ‘betina’ yang punca porak peranda ni? Eh ‘betina’. Senyap je? Duit nak, kaya nak, beg tangan mahal nak. Status Datin kau nak sangat kan, semua kau dapat. Kau boleh eh biar nama suami kau kena caci dengan tahi yang kau dah buat.
Tambah aktres yang mesra dengan panggilan Abil itu, apa yang berlaku ketika ini umpama ‘buku bertemu ruas’ kerana sebelum ini ramai mendiamkan diri apabila dibuli ‘Datin’ tersebut hanya sebab menghormati status suaminya.
Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau. Tapi tak boleh nak bersuara. Eh bukan tak boleh. Anytime je sebenarnya nak bersuara. Tapi orang semua terlalu menghormati suami kau.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, ramai yang seolah-olah boleh teka apa dan siapa individu yang dimaksudkan Abil selain turut berpuas hati dengan kata-kata aktres berkenaan.
Meskipun tidak menyebut nama, rata-ratanya membuat andaian bahawa hantaran itu ada kaitan dengan konflik penyanyi Shila Amzah dan bapanya iaitu Datuk Amy Search.
Sebelum ini, Shila Amzah mendedahkan individu yang menyerang dan mengugutnya adalah penyanyi legenda, Amy Search dan hantaran Abil juga turut meraih perhatian kerana dikatakan berkaitan dengan konflik tersebut.
Shila juga turut mendedahkan bahawa terdapat seorang individu yang berada di ‘belakang’ Amy Search dan berkata penyanyi legenda tersebut tidak bersikap begitu sepanjang 17 tahun dalam industri hiburan.