“Mana Ayah Tiri Jebat” – Sharnaaz & Nabila Gembira Sambut ‘Birthday’ Anak, Keberadaan Engku Emran Dipersoal

Hiburan

“Mana Ayah Tiri Jebat” – Sharnaaz & Nabila Gembira Sambut ‘Birthday’ Anak, Keberadaan Engku Emran Dipersoal

Biarpun sudah berpisah tiga tahun lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri Noor Nabila tetap mempunyai hubungan yang baik dan hal itu sering dipuji ramai.

Baru-baru ini, rakan baik Nabila ada memuat naik video di TikTok hingga menarik perhatian kerana kelihatan Sharnaaz hadir di majlis sambutan hari jadi anaknya, Jebat Jayden.

Advertisement

Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kagum melihat kedua-duanya serta memuji kerana masing-masing berusaha yang terbaik demi kebahagian anak.

Bahkan ibu bapa Nabila turut dipuji kerana memberi layanan yang berbaik terhadap pelakon tersebut.

Dalam pada ramai meluahkan rasa gembira buat mereka, ada sesetengah netizen persoalkan keberadaan suami Nabila, Engku Emran yang tidak kelihatan di majlis hari jadi itu.

komen netizen

Susulan itu, dakwaan mengenai hubungan pasangan itu retak mula diperkata ramai di ruangan komen video itu.

Sekadar info, Emran sebelum ini ada mengahwini dua wanita iaitu Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella tetapi kedua-duanya tidak berpanjangan kerana lebih memilih untuk berpisah.

1 year ago

"You Lose Love, You Lose Friend" - Luah Perasaan Tentang 'Kehilangan', Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...