Sekarang ini, di platform TikTok sedang tular satu video yang memaparkan serbuan pihak berkuasa di sebuah rumah pendatang asing dan satu perkara yang membuatkan ramai netizen ‘kembang tekak’.
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan sekumpulan suri rumah warga asing itu sedang melakukan proses pembuatan kuih raya kegemaran rakyat Malaysia iaitu popia simpul dan cara mereka membuat kuih berkenaan amatlah jijik!
Netizen berasa loya melihat video itu apabila didapati mereka membuat kuih berkenaan di atas lantai tanpa beralaskan apa-apa, bersama habuk rokok di sebelah.
Kebanyakkan warganet yang menonton video terbabit meluahkan rasa menyesal membeli kuih raya itu kerana proses pembuatannya amatlah menjijikkan.
Meninjau di ruangan komen, hampir ke semua netizen berasa ‘kembang tekak’ melihat proses pembuatan kuih simpul itu hingga ada yang sudah berasa was-was hendak membelinya lagi jika ia dijual di luar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.