Satu perkongsian di media sosial ternyata telah menjentik hati sanubari netizen gara-gara kesusahan seorang budak lelaki yang terpaksa bergadai nyawa untuk ke sekolah.
Dalam video yang menjadi tular itu, seorang murid dilihat menggunakan besen sebagai perahu sambil menggunakan tangannya sebagai pengayuh.
Ia kemudian mencetuskan banyak kritikan kurang senang kerana kawasan pendalaman di Sabah Sarawak turut ‘dihuni’ buaya dan haiwan liar yang lain.
Pastinya keselamatan kanak-kanak itu menjadi topik hangat selain ramai yang mempersoalkan di manakah ahli politik yang menyelia kebajikan rakyat kawasan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik selain menyatakan cadangan untuk membina jambatan sebagai laluan yang lebih selamat buat penduduk.
Ujar netizen lagi, kenapa pihak berkuasa mampu membina pencakar langit di tengah-tengah bandar sedangkan sebuah jambatan yang mampu menyelamatkan nyawa manusia tidak menjadi keutamaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.