“Mana Adat Lenggang Perut?” – Terlalu Ikut Budaya barat, Netizen Kritik Majlis Gender Reval Membazir

Trending

“Mana Adat Lenggang Perut?” – Terlalu Ikut Budaya barat, Netizen Kritik Majlis Gender Reval Membazir

Satu entri di platform Threads mencuri perhatian apabila seorang pengguna menyebut tentang acara ‘gender reveal’ yang kian dinormalisasikan di Malaysia kini.

Tulis individu berkenaan, “Aku takkan suka dengan activity gender reveal. Never.”

Advertisement

Pandangan itu segera mencetuskan perdebatan di kalangan warganet yang rata-ratanya berkongsi pendapat tentang fenomena majlis gender reveal yang semakin popular di Malaysia.

majlis gender reveal

Sebahagian netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut, menyifatkan majlis ‘gender reveal’ hanyalah trend yang tidak membawa makna besar selain dianggap membazir. Menurut mereka, budaya Melayu tradisional tidak mengenali sambutan seperti itu kerana fokus utama biasanya adalah majlis aqiqah atau kenduri kesyukuran selepas kelahiran bayi.

“Tak perlu pun sampai buat gender reveal. Membazir duit je, baik simpan untuk keperluan anak nanti,” tulis seorang netizen.

Ada juga yang berpendapat sambutan tersebut lebih bersifat menunjuk-nunjuk di media sosial berbanding meraikan kelahiran dengan penuh sederhana. Pun begitu, terdapat netizen yang merasakan bahawa majlis berkenaan merupakan satu momen indah yang akan diingati oleh pasangan berkahwin sehingga ke hari tua.

Apa kata korang?

anak noh salleh
2025-08-17 11:18:21

(VIDEO) Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Kongsi Detik Manis Gender Reveal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...