January 26th, 2010

penerbit ajl24

Kalau korang belum baca pasal AJL 24 dan unsur Illuminati serta Freemason, kami sarankan anda baca terlebih dahulu supaya korang tak blank. Seperti yang kami rasakan di dalam hati naluri kami nie, penerbit AJL24 telah pun membuat kenyataan bahawa persembahan pada malam itu tidak dirancang supaya menyerupai unsur Illuminati dan Freemason.

Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam adalah penerbit AJL24 dan dia cakap hanya opening dan interlude saja yang dirancang oleh pihak penerbit. Persembahan artis-artis semuanya dirancang oleh mereka sendiri. Jadi tak logik nak katakan semua artis yang terlibat tue sengaja nak menyelitkan unsur Illuminati nie.

Dengar sikit apa Gbam nie cakap:-

[note]Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu. Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga. [/note]

Bagi kami, baguslah at least keluarkan kenyataan untuk membersihkan nama sendiri. Kami pun rasanya percaya apa yang Gbam nie cakap. Mungkin secara kebetulan. Manusia kalau suka mencari kesilapan orang, sekecil zarah pun akan nampak. Tapi kami suka dengan si Gbam nie sebab kenyataan dia kat bawah nie:-

[note]Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.[/note]

Kami respek sama lu bro!!! Teruskan berjuang sebab AJL 24 bagi kami antara yang terbaik pernah kami lihat. Jangan lemah semangat sebab benda-benda kebetulan nie. Wallahualam. Lagi berita penuh di Mstar.

P.S: Secara jujur kami pun rasa artis-artis Malaysia nie tak tahu pun apa itu FreeMason. Tak percaya gi tanya kat diorang yang terlibat time AJL tue. Compem semua pun baru tau sebab baca suratkhabar Pancaindera Ahad lepas.


Comments are closed.

Loading...