“Mana Acik-Acik Menggeletis, Pendakwah Selebriti Yang Pertahan” – Kerajaan Maghribi Sahkan Mawla Amin ‘Scam’, Kini Dipantau PDRM

Kehidupan

“Mana Acik-Acik Menggeletis, Pendakwah Selebriti Yang Pertahan” – Kerajaan Maghribi Sahkan Mawla Amin ‘Scam’, Kini Dipantau PDRM

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu kenyataan daripada kerajaan Morocco yang mengeluarkan laporan kepada Kedutaan Malaysia mengenai individu yang digelar sebagai Habib Mohamed Amin Ben Sayed El Idrissi El Hassan.

Sebelum ini, tular mengenai individu itu yang lebih dikenali sebagai Mawla Amin itu yang dikatakan mempunyai kaitan dan susur galur dari nasab Rasulullah S.A.W.

Advertisement

Kedatangannya ke Malaysia turut dijulang dan pendakwa selebriti dilihat mengagung-agungkan Mawla Amin serta dilayan seperti kerabat diraja gara-gara pengakuannya itu.

mawla amin

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Morocco itu, Mawla Amin mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Algeria dan Perancis. Kerajaan negara itu memaklumkan bahawa dia cuba mengambil kesempatan terhadap ulama negara terbabit dan para golongan sufi untuk menaikkan namanya terutama di Asia Tengggara.

Kerajaan Maghribi dengan tegas memaklumkan tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagamaan terhadap Mawla Amin, mendakwa menyebarkan ajaran sufi tanpa mengetahui disiplin, serta tidak mengiktiraf sebarang ajaran agama yang dilakukan lelaki itu.

Malah, kerajaan Malaysia menerusi pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dilaporkan sedang memantau Mawla Amin kerana didakwa telah membeli tanah di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 yang dikatakan akan menjadi persiapan akhir zaman kepada kalangan pengikutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

laksa tisu
2 months ago

"Pakai Surat Khabar Pun Ada" - Individu Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Pekatkan Kuah Laksa Pakai Tisu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...