Penerbit dan komposer, Man Senoi meminta agar Datuk AC Mizal dan anggota kumpulan 4U2C untuk datang bertemu dan meminta izin sekiranya mahu menggunakan 25 lagu ciptaannya untuk Konsert WE 4U2C yang bakal berlangsung pada September depan.
Lebih 30 tahun diam
Memetik laporan Mstar, Man Senoi atau nama sebenarnya Othman Masri berkata, dia mempunyai hak mutlak terhadap karya berkenaan malah dia tidak menghalalkan sekiranya kumpulan itu meneruskan konsert dengan menyanyikan lagu ciptaannya itu.
Setelah 30 tahun saya dan isteri diam, malah bila mereka (4U2C) guna pun kami tak pernah melarang, tapi bila nak buat konsert tu memang perlu izin saya sebab pencipta sebab itu hak saya.
Komposer itu turut meminta agar haknya sebagai pencipta 25 buah lagu buat kumpulan itu dihormati.
Kenapa bila saya minta hak saya sekarang, awak nak melenting? Kalau awak nak melenting pun, itu masih hak saya.
Jadi tolong hormat. If you cannot respect the law, you have to face the law.
Dalam pada itu, komposer itu turut mempersoal mengapa tiada pihak yang menghubunginya untuk menyelesaikan isu ini secara baik.
Kenapa tak contact saya dengan isteri? Kami masih hidup. Adakah saya yang patut hubungi awak kalau awak nak guna hak saya? Awak lah yang kena hubungi saya.
Tak halalkan penggunaan lagu ciptaannya
Man Senoi turut menjelaskan dia akan meminta nasihat daripada para peguam yang arif mengenai isu hak cipta ini.
Kalau awak rasa nak saman saya, fikir baik-baik. Walaupun awak berduit, undang-undang tak pandang duit tau.
Di akhir sesi temu bual, Man Senoi menegaskan bahawa dia tidak akan menghalalkan penggunaan lagu itu jika perkara ini tidak diselesaikan dengan baik.
View this post on Instagram
Kalau dia (Datuk AC Mizal) tak selesaikan perkara ni, jadi saya tak akan halalkan dunia dan akhirat segala tenaga titik peluh usaha saya dan isteri naikkan nama 4U2C.
Kalau nak rasa apa itu hak awak lah, Tuhan ada sentiasa memerhati apa yang dilakukan siapa yang salah dan jangan sebar cerita yang tak benar. Jaga-jaga dan all the best for your concert.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila komposer, Man Senoi dan isterinya iaitu Mama Rap mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan 4U2C selepas mendakwa tiada pihak yang berjumpa mereka untuk berbincang mengenai penggunaan semua lagu 4U2C yang menjadi hak miliknya pada konsert itu.