Man Raja Lawak Hulur Sumbangan RM50k Bantu Individu Terjejas Akibat Covid-19

Hiburan

Man Raja Lawak Hulur Sumbangan RM50k Bantu Individu Terjejas Akibat Covid-19

Dikala segelintir artis merasa sedih pendapatan mereka terjejas kerana krisis COVID-19 dan meminta bantuan khas kerajaan, pelawak Man Raja Lawak pula  tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai.

man raja lawak sumbang rm 50,000

Advertisement

Man dengan seikhlas hati telah memperuntukkan wang berjumlah RM50,000 hasil dari kemenangannya di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu demi membantu individu yang benar-benar memerlukan.

Pelawak itu berharap bantuan kecil ini dapat dimanfaat sebaiknya dan mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan itu menghantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagramnya.

man raja lawak sumbang rm50 ribu

Bagi berlaku adil, Man berkata dia terlebih dahulu akan meneliti setiap permohonan agar individu yang benar-benar layak sahaja boleh menerima bantuannya. Sekiranya tiada sebarang respons bermakna permohonan mereka gagal.

Tiada siapa yang memahami bagaimana orang susah cuba untuk meneruskan kehidupan ketika ini. Terima kasih kepada Man kerana begitu ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan. Boleh menjadi contoh buat artis serta orang lain di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...